Nafkah RM2.1 juta sebulan, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri

6 Jun 2023 • 1:37 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Nafkah sebulan RM2.1 juta, ada 16 pembantu, wanita isteri bilionair hanya perlu berdandan cantikkan diri

BERTUAHNYA badan, itulah ungkapan yang terpacul di mulut melihat kemewahan wanita ini.

Dilimpahi kemewahan, wanita kelahiran Thailand, Muna Al Sarunee, yang berkahwin dengan lelaki hartawan kaya dari Dubai bernama Ahmed Nu Al Sarunee.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kisah kehidupan Muna ini umpana dongeng!

image is not available

Muna yang mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu kini hidup bahagia bersama suaminya.

Segala keperluan hidupnya terjamin, bahkan satu pasukan khas disediakan untuk menjaganya semasa dalam perjalanan ke mana-mana destinasi.

Muna yang dibesarkan dalam keluarga guru pernah terkandas dalam perkahwinan pertama. Tiada persefahaman hingga mengakibatkan pergaduhan membuatkan Muna berpisah dan mengambil keputusan untuk menyibukkan diri dengan bekerja.

Sehinggalah tahun 2010, Muna bertemu dengan Ahmed. Muna tidak pernah terfikir untuk mengahwini lelaki itu biarpun Ahmed berstatus hartawan.

image is not available

Sikap Muna yang suka berdikari dan kuat membuatkan Ahmed jatuh hati sehinggalah pada suatu hari wanita itu akhirnya cair dengan keikhlasan Ahmed.

Ikatan perkahwinan dimeterai selepas kedua-duanya berpacaran selama empat tahun.

Berkahwin ketika usia hampir 60 tahun, Muna menjadi isteri kelima oleh Ahmed.

Difahamkan sebelum ini, empat orang isteri Ahmed hidup harmoni dalam satu rumah.

Pada awalnya, Muna menetap di Thailand selepas berkahwin kerana masih cuba menyesuaikan diri.

Namun Muna akhirnya akur untuk berpindah ke Dubai dan mengikut peraturan keluarga suaminya.

Antara peraturan wajib dipatuhi Muna ialah untuk sentiasa kelihatan cantik memakai dan perhiasan berlian.

image is not available

“Dalam keluarga Ahmed terdapat banyak peraturan ketat yang mesti dipatuhi.

“Dalam peraturan tidak bertulis ini, setiap kali mereka turun untuk sarapan pagi atau aktiviti sosial, semua ahli keluarga mesti memakai berlian, perhiasan, solekan yang cantik dan pakaian mewah.

“Mereka tidak boleh memakai baju tidur atau pakaian biasa ,” jelas Muna.

Tidak hanya itu, Muna turut menerima nafkah bulanan daripada suaminta bernilai berikan kepada Muna yang mencecah RM2,169,172.88 setiap bulan.

image is not available

Bukan itu sahaja, Muna turut dibantu oleh 16 pembantu rumah untuk aktiviti hariannya. Wanita itu juga diiringi oleh 20 orang pengawal setiap kali ke mana-mana destinasi.

“Pekerjaan harian saya ialah menggayakan pakaian, membeli-belah, mendapatkan rawatan spa dan menghadiri majlis orang kenamaan bersama suami.

“Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan saya sekarang. Setiap hari saya tidak perlu berbuat apa-apa selain berpakaian kemas untuk tatapan suami,” jelas Muna.

Pun begitu, Muna juga telah menetapkan peraturan untuk menjadi suri hati Ahmed. Peraturannya ialah suaminya itu perlu menceraikannya terlebih dahulu jika ingin berkahwin lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi