Nafkah RM6,000 Sebulan Tak Cukup, Emilia Hanafi Terpaksa Jual Rendang

3 Feb 2023 • 4:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Terbaru, bekas isteri kepada pengerusi kumpulan Naza, Emilia Hanafi mendedahkan bahawa nafkah yang diterima olehnya setiap bulan adalah tidak mencukupi.

Emilia mengatakan bahawa nafkah yang berjumlah RM6,000 setiap bulan tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup dan pembayaran yuran sekolah bagi tiga orang anaknya

Terpaksa menjual rendang

image is not available

Menurut Emilia, mereka tidak disediakan tempat tinggal dan terpaksa menumpang di rumah ibu bapanya. Wanita berusia 43 tahun itu berkata, keadaan ini memaksanya untuk bekerja sambilan dengan menjual rendang, roti jala, kerepek, jeli dan kek bagi menampung perbelanjaan harian.

Anak sulung baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE). Anak kedua belajar di tahun lapan di sekolah menengah swasta antarabangsa di ibu negara, manakala yang bongsu pada tahun enam di sekolah sama.

Sebelum ini bekas suami Emilia, SM Faisal telah didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja kepada dirinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas pada November 2015 yang lalu. Mereka telah disahkan bercerai pada 2016 dan prosedur bagi kes itu masih lagi berjalan hingga kini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media