“Nafsu Besar Gaji Kecik” -Mentor Kewangan Kongsi Dilema Belia Hadap Hutang Kad Kredit RM25k, ‘Personal Loan’ RM180k

27 Jul 2022 • 12:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian daripada perunding kewangan dan pelabur hartanah, Ky Tee mengenai cabaran yang dihadapi seorang belia yang baru berumur 27 tahun dalam menguruskan hutang yang bertimbun-timbun baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Kata Tee, individu berkenaan masih belum berkahwin dan mempunyai pendapatan RM5,000 sebulan namun memiliki hutang terlalu banyak sehingga mencecah RM200,000.

Difahamkan, individu itu mempunyai hutang kad kredit sebanyak RM25,000 dan pinjaman peribadi sebanyak RM180,000.

Itu belum termasuk hutang dengan kawan-kawan serta bayaran bulanan bank untuk ansuran kereta yang sudah mula ‘sangkut’ sehingga satu hingga dua bulan.

Dia ada hutang kad kredit lebih RM25,000, sekarang sedang bayar minimum ansuran lima peratus iaitu RM1,250. Ada hutang pinjaman peribadi RM180,000 dengan ansuran RM1,600.

image is not available

Sumber : Facebook  

Ada sebuah kereta baharu beli dengan ansuran RM1,200. Hutang kawan sebanyak RM8,000 pun kena bayar.

Sehubungan dengan itu, Tee menasihatkan agar individu itu untuk pergi ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan idea untuk menyelesaikan masalah bebanan hutang yang dialaminya itu

Jelas mentor kewangan itu, dia sebenarnya sudah banyak kali bertemu dan berurusan dengan kes-kes sebegitu di mana anak-anak muda kini mempunyai banyak hutang namun tidak memiliki sebarang hartanah atau aset.

image is not available 1 hari lalu

"Mana Dorang Belajar" - Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Lihat Kanak-Kanak Buat Aksi Lucah Di Tempat Awam

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved