Nafuzi bimbang pasukan kerap buat silap dalam perlawanan penting

Football
19 Aug 2023 • 10:51 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ALOR SETAR: Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sewaktu pertemuan dengan Perak FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik saingan Piala Malaysia malam tadi memberi kelebihan kepada lawan untuk layak ke suku akhir.

Pengendali KDA FC Mohd Nafuzi Mohd Zain (gambar) berkata lebih membimbangkan situasi itu kerap berlaku dalam perlawanan penting yang sekali gus menjejaskan peluang pasukan.

Justeru beliau berharap para pemainnya dapat memperbaiki permainan masing-masing agar kesilapan yang sering dilakukan tidak menjejaskan prestasi pasukan dalam saingan Liga Super.

“...dari segi peluang kita banyak cipta peluang tapi kesilapan yang kita buat, kita dihukum pasukan lawan,” katanya selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC menewaskan Perak FC 2-1 di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi, namun secara agregatnya tewas 3-4.

Sementara itu, ketua jurulatih Perak FC Yusri Che Lah bersyukur pasukannya layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengharungi perlawanan yang sangat mendebarkan.

“Kami tidak hadir di sini untuk bertahan kerana kami ada memiliki kelebihan dua jaringan, kami sebenarnya cuba mengimbangi permainan tetapi daripada awal kami diasak Kedah dan apabila ketiadaan seorang pemain saya terpaksa meletakkan lima pemain pertahanan.

“Syukur kerana kita dah melakukannya di Pahang dan JDT dan pemain yang dimasukkan boleh beraksi seperti mana kita inginkan dan walaupun ketinggalan dua jaringan tetapi pemain bangkit ,saya pun risau sebenarnya kerana pemain Kedah sentiasa hadir untuk memberi ancaman,“ katanya. -Bernama