Nahas 3 Kenderaan Di NKVE: Pemandu Inspira Ditahan Selepas Larikan Diri

LocalCars
12 May 2026 • 8:23 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Nahas 3 Kenderaan Di NKVE: Pemandu Inspira Ditahan Selepas Larikan Diri

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang melarikan diri selepas terbabit dalam nahas tiga kenderaan kelmarin.

Insiden terbabit yang berlaku di Kilometer 28 Lebuhraya NKVE menghala ke Plaza Tol Duta turut tular di media sosial.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun terbabas, sebelum berhenti di lorong kanan lebuh raya, lalu dirempuh dua lagi kenderaan dari arah sama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebuah Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun kemudian melanggar Proton Inspira terbabit sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun turut merempuh kenderaan itu.

“Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan terbabit terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan,” katanya.

Rakaman video kejadian boleh dilihat di sini: https://www.facebook.com/reel/27042525348710949

Mohd Zamzuri berkata, ketiga-tiga pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, polis berjaya mengesan dan menahan pemandu Proton Inspira itu di Klang, semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, antara tindakan diambil pihak polis termasuk mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, merakam percakapan saksi, menjalankan pemeriksaan di lokasi kemalangan serta memeriksa dan mengambil gambar kenderaan yang terlibat. – Getaran, 12 Mei 2026

View Original Article