Nahas Azerbaijan Airlines: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat – Wisma Putra

26 Dec 2024 • 10:00 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas Azerbaijan Airlines, penerbangan J2-8243 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, pada awal hari Rabu.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas Azerbaijan Airlines

image is not available

Foto: Reuters

Menurut laporan BERNAMA, Wisma Putra menerusi satu kenyataan turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera dalam kejadian tersebut.

“Kami akan terus memantau situasi dengan teliti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra malam tadi.

image is not available

Foto: BBC

Pesawat Embraer 190 milik Azerbaijan Airlines itu dilaporkan dalam penerbangan dari Baku ke Grozny sebelum terbakar semasa melakukan pendaratan cemas berhampiran Aktau.

Laporan pihak berkuasa menunjukkan terdapat puluhan kematian dalam kejadian tersebut, manakala sekurang-kurangnya 28 orang terselamat, termasuk dua kanak-kanak yang kini dirawat di hospital.

Pesawat nahas tersebut membawa seramai 67 penumpang dan kru, termasuk lima orang kru.

image is not available

Foto: Reuters

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan melalui talian +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95, atau +7 777 079 0014, atau menghantar e-mel ke mwastana@kln.gov.my.

Sumber: BERNAMA