Nahas bas Gerik: Sultan Pahang titah semua masjid di Pahang anjur solat jenazah ghaib untuk pelajar UPSI

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 9:02 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu melaksanakan solat jenazah ghaib untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Tasik Banding, Gerik, Perak, Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata baginda turut menitahkan bacaan yasin dan tahlil dilaksanakan selepas solat maghrib, hari ini, memetik Berita Harian.

"Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat dan mendoakan semoga negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan," katanya.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. - 12 Jun, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved