Nahas Bas Rompin: Mangsa Ketiga Meninggal Dunia

9 Jun 2024 • 11:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nahas Bas Rompin: Mangsa Ketiga Meninggal Dunia

Polis mengesahkan seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan sebuah bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau pagi tadi, meninggal dunia.

Lapor Sinar Harian, kematian individu tersebut menjadikan sekurang-kurangnya tiga nyawa terkorban akibat nahas tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof, Hamzah Ahmad, 60, yang juga seorang pembantu operasi sekolah disahkan semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Terdahulu, media melaporkan seorang penumpang wanita dan pemandu kedua bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka maut dalam kejadian pagi Ahad.

Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian, sementara itu Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Difahamkan, bas terbabit terbabas dan terjunam semasa dalam perjalanan ke Terengganu.

Sumber: Sinar Harian