Nahas Bot Penumpang Filipina: Korban Meningkat 26

28 Jul 2023 • 1:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nahas berlaku apabila bot yang sesak dengan penumpang itu terbalik di Laguna de Bay - gambar hiasan

MANILA -- Angka kematian akibat kemalangan sebuah bot penumpang penuh sesak yang terbalik di Laguna de Bay di luar wilayah Rizal pada Khamis telah meningkat kepada 26 orang, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Jumaat.

PCG berkata bot yang mempunyai kapasiti maksimum 42 penumpang itu membawa sehingga 70 orang. Para penumpang tidak memakai jaket keselamatan, lapor Xinhua.

Operasi mencari diteruskan pada pagi Jumaat, kata PCG.

Bot itu dalam perjalanan ke Pulau Talim di Laguna de Bay, tasik terbesar di Filipina, dari bandar Binangonan ketika kemalangan itu berlaku.

Kemalangan itu berlaku ketika Taufan Doksuri melanda Filipina, menyebabkan banjir dan tanah runtuh. -- BERNAMA-XINHUA

View Original Article