Nahas di Melaka: Anak-anak belum tahu ibu bapa sudah meninggal dunia

LocalTravel
25 Dec 2024 • 7:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak-anak kepada allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi dan Fadzleena Ramli masih belum mengetahui bahawa mereka sudah kehilangan ibu bapa dalam nahas di Melaka memandangkan sedang dirawat di hospital.

Memetik laporan dari Astro Awani, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem yang menziarahi dua beradik itu di Hospital Melaka menyatakan bahawa dua beradik berkenaan berada dalam keadaan stabil namun masih belum diberitahu tentang pemergiaan ibu bapa.

Anak2 mangsa nahas di Melaka belum tahu ibu bapa sudah tiada

Ujarnya, berita tersebut masih belum lagi dikhabarkan kepada mereka bertujuan untuk menjaga emosi dan enggan mengganggu mereka yang dalam proses mendapatkan rawatan memandangkan baru selesai pembedahan.

“Apa yang boleh saya maklumkan, kedua-dua kanak-kanak itu, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7 dan Nur Sofea Humaira, 4 belum tahu ibu dan bapanya telah tiada.

“Kita tidak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah dan adiknya juga baru sahaja selesai pembedahan dan pastinya masih dalam kesakitan,” katanya.

image is not available

Beberapa mangsa nahas di Melaka juga bakal keluar hospital

Difahamkan, Ngwe Hee Sem juga sempat menziarahi empat lagi mangsa kemalangan yang juga penumpang bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan negeri di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh sebelum mereka dibenarkan pulang pada hari ini.

“Saya nak sampaikan juga ucapan terima kasih daripada mangsa terlibat, terutamanya warga Singapura, yang berpuas hati dengan bantuan yang diberikan sepanjang insiden itu,” tambahnya.

image is not available

Terdahulu, kemalangan ngeri yang melibatkan beberapa kederaan seperti lori Foton, bas persiaran, kereta Perodua Bezza, lori treler Nissan, dan MPV Toyota Estima itu telah meragut tujuh nyawa.

Mereka yang maut termasuk lima sekeluarga iaitu Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isteri, Fadzlenna Ramli, 32, serta anak bongsu mereka, Muhammad Umar, 2, dan ibu serta ayah Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.

image is not available

Turut terkorban, pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan juga seorang warganegara Singapura Lamrah Asid Ali, 66 yang merupakan penumpang bas persiaran serta pemandu pelancong.

Sumber:Facebook Ngwe Hee Sem, Astro Awani (Shuhada Abdul Kadir)