
KLANG - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat hadir ke pekarangan Jabatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada jam 12.25 tengah hari Jumaat.
Kehadiran Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu adalah bagi menyantuni waris-waris mangsa penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam pada Khamis.
Kedatangan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Turut hadir adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Pada Khamis, sebuah pesawat dilaporkan terhempas dalam kejadian di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini pada Khamis.
Difahamkan, pesawat itu berlepas dari Langkawi menuju ke Subang
Beberapa waris mangsa penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam dilihat hadir di pekarangan Jabatan Forensik di HTAR pada Jumaat.
Waris keluarga mangsa itu dilihat mula tiba sekitar jam 9.50 pagi di hospital berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN

