Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan dikebumikan di Sungai Petani

19 Aug 2023 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh dibawa keluar dari pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Sabtu.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Jenazah penunggang p-hailing, Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, yang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam akan terus dibawa untuk dikebumikan di Masjid Al Huda, Kampung Jerung Sungai Petani Kedah pada Sabtu.

Bapanya, Muhammad Saleh Othman, 51, berkata, jenazah anak sulungnya itu sebelum itu akan diuruskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Jenazah Allahyarham akan dimandi serta dikafankan oleh pihak JAIS dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahimiah Klang sebelum dibawa untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, Sungai Petani.

"Insya-ALLAH, jenazah akan dikebumikan hari ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan jenazah Allahyarham ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, sebuah pesawat dari Langkawi menuju ke Subang dilaporkan terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.

Polis terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat jenis jet peribadi yang terhempas kira-kira jam 2.40 petang.

ARTIKEL BERKAITAN