Nahas Elmina: Video tular rupanya adik sepupu

18 Aug 2023 • 6:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar hantaran di Facebook Nurul Nazihah pada Jumaat.

SHAH ALAM - Seorang wanita tidak menyangka video tular penghantar makanan yang terkorban nahas pesawat terhempas di Elmina dekat sini pada petang Khamis ialah adik sepupunya.

Nurul Nazihah berkata, ketika menonton video tular itu, dia berasa sangat sedih dan simpati dengan mangsa kerana kelihatan terbakar di lokasi kejadian.

Ujarnya, dia hanya mengetahui nasib adik sepupunya itu selepas pihak polis berjaya mengenal pasti identiti mangsa.

“Patut la rasa sedih sangat. Rupa-rupanya adik sepupu sendiri, ALLAH aku tidak kuat hadapi benda ini,” katanya di Facebook.

Sebuah pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1 ) terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16 kira-kira jam 2.40 petang Khamis dan mengakibatkan 10 individu terkorban.

Mereka ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim; serta penumpang Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Johari Harun, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Dua lagi ialah penunggang motosikal (p-hailing), Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah dan seorang pemandu kereta (e-hailing), Sharipuddin Shaari.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi ke Subang itu terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

ARTIKEL BERKAITAN