Nahas Elmina: Waris mangsa dilihat tiba di HTAR pagi ini

18 Aug 2023 • 10:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Waris keluarga mangsa berpelukan di khemah yang disediakan luar perkarangan Jabatan Forensik HTAR, Klang pada Jumaat.

KLANG - Beberapa waris mangsa penumpang pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam dilihat hadir di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Jumaat.

Kehadiran keluarga mangsa itu mula dilihat tiba pada sekitar jam 9.50 pagi.

Pada Khamis, sebuah pesawat peribadi dari Langkawi menuju ke Subang dilaporkan terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah alam.

Polis terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat jenis jet peribadi yang terhempas kira-kira jam 2.40 petang Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat.

Menurutnya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved