Nahas FRU, Lori Muatan Batu Tak Pasang GPS!

LocalCars
12 Jun 2025 • 10:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nahas Fru 1

Susulan nahas membabitkan lori muatan batu dan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, satu laporan awal mengejutkan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Menurut laporan Harian Metro, lori berkenaan didapati tidak memenuhi keperluan pemasangan dan kefungsian sistem GPS, seperti yang diwajibkan untuk kenderaan perdagangan berdaftar. Malah, sistem itu disahkan tidak aktif ketika kejadian.

Syarikat telah diberi Surat Tunjuk Sebab pada 23 Mei lalu.

Wajib pasang GPS tapi lori gagal patuh!

image is not available

Mengikut Perkara 11 Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) dan Seksyen 57 Akta 715, semua lori perdagangan wajib memasang sistem GPS yang berfungsi. Pengecualian hanya diberi kepada bas sekolah tertentu.

Kod amalan ini telah dikuatkuasakan sejak 1 November 2013, yang antara lainnya menetapkan pengendali wajib:

  • Memantau kelajuan dan lokasi lori melalui GPS
  • Mengambil tindakan terhadap pemandu yang memandu secara berbahaya
  • Menyimpan laporan perjalanan dan data GPS
  • Elak manipulasi atau pemalsuan maklumat GPS

Kegagalan mematuhi boleh dikenakan denda, penjara, atau pembatalan lesen.

Dashcam diwajibkan akan datang!

image is not available

Menariknya, laporan itu juga menyebut bahawa pemasangan dashcam masih belum diwajibkan, namun akan dijadikan peraturan rasmi menjelang suku pertama 2026. Ini selaras dengan usaha meningkatkan pengurusan keselamatan dalam pengangkutan awam darat.

Pssttt! Keselamatan jalan raya bukan sekadar tanggungjawab pemandu, tapi juga pengendali syarikat. Jangan abaikan teknologi keselamatan seperti GPS dan dashcam, nyawa bukan untuk dipertaruhkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.