Nahas FRU: Pemandu lori pasir ditahan, negatif dadah - Polis

LocalPolitics
13 May 2025 • 2:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan lori FRU yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada Selasa. Foto Bernama

TELUK INTAN - Pemandu lori pasir yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini, telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pemandu berusia 40-an yang tidak mengalami kecederaan itu ditahan pagi Selasa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Ujian saringan telah dijalankan dan pemandu didapati negatif dadah. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta mengumpul maklumat tambahan,” katanya kepada pemberita ketika hadir di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan di sini pada Selasa.

Terdahulu, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori muatan pasir dengan sebuah kenderaan FRU yang dinaiki 15 anggota di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi.

Dalam kejadian itu lapan mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved