Nahas Gerik: Lesen PSV Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

LocalPolitics
16 Jun 2025 • 9:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nahas Gerik: Lesen PSV Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah digantung serta-merta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Menurut kenyataan JPJ, tindakan itu diambil di bawah peruntukan Seksyen 56(4), Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], sementara siasatan lanjut dijalankan berhubung kejadian yang berlaku.

“JPJ turut membuka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan terbabit, termasuk syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan.

“Sebagai langkah proaktif demi menjaga kepentingan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya, penggantungan lesen ini akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan,” maklum JPJ.

Dalam pada itu, JPJ turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya, selain berpegang teguh kepada prinsip keselamatan sebagai keutamaan utama.

image is not available

Sumber: JPJ