Orang ramai memuji tindakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertindak pantas menghulurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa lalu.
Tindakan pantas MINDEF dipuji netizen

MINDEF dipuji beri inisiatif bantuan
Menerusi tinjauan di ruangan komen laporan Astro Awani di Facebook, rata-rata orang ramai memuji tindakan pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang sentiasa bersiap sedia membantu keluarga mangsa.
Artikel lain: Kerajaan setuju, salur bantuan awal RM10,000 kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM
Mereka menzahirkan kesyukuran di atas bantuan cepat malah, sekali gus mempamerkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan rakyat.

Foto: FB Astro Awani
Tabung khas akan ditubuhkan
“Segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya semalam.

Terdahulu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.
