Nahas Jeju Air: Anjing Setia Tunggu Kepulangan Tuan

3 Jan 2025 • 2:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seekor anjing bernama Pudding yang kehilangan kesemua sembilan ahli keluarga tuannya dalam nahas tragis Jeju Air telah diselamatkan.

image is not available

Foto: South China Morning Post

Menurut laporan The Chosun Daily, pertubuhan kebajikan haiwan Korea Selatan, Coexistence of Animal Rights on Earth (CARE), telah berkongsi di Instagram pada 31 Disember lalu bahawa mereka telah menyelamatkan Pudding yang sedang berkeliaran sendirian di sebuah kampung tanpa penjaga.

“Cara Pudding berlari ke arah kami sebaik sahaja melihat kami membuatkan kami percaya ia telah menunggu keluarganya,” kongsi organisasi tersebut.

Pudding sebelum ini adalah milik mendiang Bae, 78 tahun, mangsa tertua dalam nahas Jeju Air dan keluarganya.

CARE bergegas ke Yeonggwang, Wilayah Jeolla Selatan selepas menerima laporan dan liputan media mengenai Pudding yang ditinggalkan bersendirian.

image is not available

Foto: The Korea Times

CARE memutuskan untuk menyelamatkan anjing itu selepas membuat pertimbangan tentang risiko Pudding berkeliaran tanpa penjaga dan mendapat persetujuan daripada keluarga si mati di rumah pengebumian untuk menjaga buat sementara waktu.

Bae sedang dalam perjalanan pertamanya ke luar negara ke Thailand bersama keluarganya untuk meraikan ulang tahun ke-80 apabila kemalangan tragik itu berlaku.