
Mangsa merupakan Orang Kurang Upaya
Nahas Kebakaran Rumah Panjang Di Julau, Lelaki OKU Ditemui Rentung Dalam Bilik. Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan Rumah panjang Michael Marau di Ulu Sejugam Nanga Lasi ditemui mati rentung pada jam 5.30 petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam mengesahkan, mayat mangsa yang dikenali sebagai August Pasang berusia 49 tahun ditemui dalam keadaan rentung di bilik nombor 33 rumah panjang berkenaan.

Sejurus itu, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.26 petang itu, rumah panjang berkenaan telah musnah terbakar dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.26 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, sepasukan anggota BBP Bintangor bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
