
Nahas Kendiri Di Bulatan, Pemandu Nissan GT-R Maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya mengalami kecederaan serius selepas kenderaan tersebut terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT) menerima laporan tentang kemalangan tersebut pada jam 4 pagi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun datang dari arah Puteri Harbour menuju ke Gelang Patah.
“Mangsa hilang kawalan lalu terbabas sendiri di bulatan Kampung Sungai Melayu dan mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki. Mangsa maut di lokasi kejadian.
“Penumpang lelaki tempatan berusia 36 tahun mengalami luka di bahagian siku,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, kes kini sedang disiasat mengikut Sesyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian
The post Nahas Kendiri Di Bulatan, Pemandu Nissan GT-R Maut appeared first on Siakap Keli.

