Nahas Pelajar UPSI: Beberapa Mangsa Alami Cacat Kekal, Kementerian Jamin Bantuan Susulan

LocalFamily & Parenting
18 Jun 2025 • 4:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa mangsa dan keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas jalan raya di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu sama ada yang terselamat mahupun yang kehilangan nyawa masih berada dalam keadaan trauma.

Mangsa alami cacat kekal

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan bahawa beberapa mangsa yang terselamat mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan kecacatan kekal.

image is not available

Beliau berkata, pihak kementerian sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti jenis bantuan susulan yang sesuai untuk diberikan kepada mangsa.

Kes-kes melibatkan kecederaan serius seperti patah kaki, kehilangan anggota badan dan kecederaan jangka panjang akan diberi perhatian khusus.

Semua kes kecacatan kekal akan melalui proses penilaian dan siasatan sebelum sebarang bantuan disalurkan.

Dari segi jumlah mangsa yang alami kecacatan kekal akibat insiden ini masih dalam siasatan kerana ada mangsa masih menerima rawatan di hospital termasuk di Perak dan Terengganu.

Jadi biarlah mereka stabil dahulu sebelum kita jalankan proses lanjut kerana proses ini kita perlu lakukan secara berhemah.

Kata Noraini, mesyuarat pasca Kabinet Kementerian turut memutuskan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang untuk menjalankan siasatan ke atas semua mangsa, bagi memastikan tiada seorang pun yang tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.

image is not available

Sumber : Sinar Harian 

Kita tidak mahu mereka yang mengalami kecederaan kekal ini terbeban dari sudut kewangan dan emosi.

Tanggungjawab kita adalah untuk hadir membantu mereka sebaik mungkin.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu, sebuah bas yang membawa 42 penumpang yang terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna berhampiran Tasik Banding, di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, Perak.

image is not available

Seramai 15 mangsa disahkan terkorban dalam nahas tragis tersebut, manakala 33 lagi mengalami pelbagai jenis kecederaan. Beberapa mangsa masih menerima rawatan di hospital pada ketika ini.

image is not available 6 days ago

Nahas Pelajar UPSI: Pemandu Bas Hadapi 15 Pertuduhan, Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah