Nahas pelajar UPSI: Jenazah Muhammad Adib disolatkan di Masjid Hadhari

10 Jun 2025 • 12:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi, dibawa di Masjid Hadhari untuk disolatkan. Foto Bernama

JERTEH – Jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Muhammad Adib Hazim Halim selamat disembahyangkan di Masjid Hadhari, Jerteh malam tadi.

Solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Masjid Hadhari, Mat Jaih Namat, dihadiri lebih 1,000 jemaah yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir, Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Amir, Besut untuk disemadikan.

Terdahulu, jenazah pelajar berkenaan tiba di masjid tersebut kira-kira jam 10.45 malam dengan diiringi ahli keluarga.

Muhammad Adib Hazim merupakan antara 15 mangsa yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved