Nahas pelajar UPSI: Lebih 1,000 dijangka sertai solat jenazah 13 pelajar

LocalFamily & Parenting
9 Jun 2025 • 11:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Masjid Hadari Jerteh sudah bersedia menerima 13 daripada 15 jenazah pelajar UPSI.

JERTEH - [DIKEMAS KINI] Masjid Hadari Jerteh sudah bersedia menerima 13 daripada 15 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat nahas bas di Gerik awal pagi Isnin.

Ahli Jawatankuasa masjid terbabit, Mohd Noor ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan lebih 1,000 jemaah akan bersama melaksanakan solat jenazah.

Menurut beliau, pengurusan masjid berbesar hati untuk membantu memudahkan urusan keluarga kesemua mangsa terbabit.

"Kita menjangkakan jenazah tiba antara jam 1 pagi hingga 2 pagi manakala dua jenazah lagi dibawa ke rumah atas permintaan keluarga," katanya ketika ditemui di masjid berkenaan.

Mohd Noor memberitahu, perbincangan bersama semua AJK masjid dilakukan sebaik sahaja menerima maklumat daripada Pejabat Parlimen Jerteh.

"Kami sudah bersedia dalam konteks keselamatan dan kebersihan," katanya.

Bagaimanapun, mungkin ada beberapa kemungkinan perubahan yang tidak dapat dielakkan.