Nahas Pelajar UPSI, Pemilik Syarikat Bas Akhirnya Muncul Beri Keterangan

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia upsi 2

Selepas beberapa hari insiden tragik yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), pemilik syarikat bas terlibat akhirnya hadir di balai polis untuk memberi keterangan.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik syarikat itu hadir ke IPD Gerik sekitar jam 10.30 malam semalam dan proses keterangan berlangsung selama kira-kira sejam setengah.

Perkara ini telah dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Muhammad Firdaus Abdullah.

18 saksi sudah dirakam keterangan

image is not available

Siasatan tragedi menyayat hati ini masih berjalan. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa seramai 18 saksi telah dipanggil dan dirakam keterangan. Ini termasuk penuntut UPSI yang terselamat serta individu berkaitan kemalangan.

Kejadian malang pada Isnin lepas itu berlaku apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus utama UPSI di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas bertembung dengan sebuah Perodua Alza.

Tragedi hitam mengenai nahas pelajar UPSI yang takkan dilupakan

image is not available

Akibat pelanggaran itu, 15 mahasiswa UPSI terkorban, manakala 33 lagi cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas, serta pemandu dan tiga penumpang Alza.

Pssttt! Tragedi seperti ini bukan sekadar statistik, ia meragut nyawa anak-anak harapan negara. Semoga siasatan berjalan adil, dan langkah keselamatan dipertingkat untuk elak kejadian berulang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved