Nahas penuntut UPSI: Sultan Pahang titah masjid buat solat ghaib

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 11:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh masjid di bawah negeri itu melakukan solat jenazah ghaib khusus buat penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gerik, Perak.

Sultan Pahang titah masjid buat solat ghaib

image is not available

Foto: Kesultanan Pahang

Mufti Pahang Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim memaklumkan baginda menitahkan solat jeanzah itu dibuat pada hari Khamis, 12 Jun 2025 selepas solat maghrib selain bacaan Yasin dan tahlil.

“Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang mengumumkan bahawa semua masjid di negeri Pahang diminta menganjurkan solat jenazah ghaib mangsa kemalangan bas (terhadap pelajar UPSI), dan bacaan yasin dan tahlil pada hari Khamis, 12 Jun 2025, selepas solat maghrib (malam jumaat).

“Semoga sama-sama kita mendoakan dalam majlis tersebut kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat dan mendoakan semoga Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” kata Asmadi pada Rabu.

image is not available

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita duka kemalangan melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak telah meragut sebanyak 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, awal pagi Isnin.

Sumber: Facebook Jabatan Mufti Negeri Pahang