Nahas pesawat Elmina: Pengaktifan tanpa sengaja 'lift dump spoiler',kru kurang latihan punca 10 nyawa terkorban

16 Aug 2024 • 5:29 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

NAHAS pesawat Beechcraft Premier 1 di Bandar Elmina, Shah Alam 17 Ogos tahun lalu cukup menyayat hati.

Bakal genap setahun esok, laporan akhir Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendedahkan tindakan peluasan tidak sengaja 'lift dump spoiler' oleh kru penerbangan ketika melakukan pemeriksaan sebelum mendarat sebagai faktor nahas berlaku.

Berikut info ringkas berkaitan nahas berkenaan:

1-Laporan BSKU mendedahkan peluasan secara tidak sengaja 'lift dump spoilers' yang kemungkinan besar dilakukan oleh pembantu juruterbang semasa melakukan pemeriksaan sebelum pendaratan.

2-Tindakan tersebut menyebabkan pesawat kehilangan daya angkat secara tiba-tiba, seterusnya mengakibatkan kehilangan kawalan yang dahsyat sehingga berlakunya nahas.

3-Siasatan itu juga mendapati latihan kru yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran tentang operasi sistem ‘lift dump’ turut menjadi faktor penyumbang.

image is not available

4-Menurut laporan yang dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan. pembantu juruterbang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem ini, yang menyebabkan kesilapan operasi berlaku.

5-Tindakan berkenaan menyebabkan pesawat kehilangan daya angkat secara mendadak, sekali gus mengakibatkan kehilangan kawalan pesawat dan kemalangan tragis itu.

6-Laporan setebal 148 muka surat itu turut mendedahkan, susunan tempat duduk kru tidak mematuhi protokol ditetapkan dalam Manual Penerbangan Pesawat.

7-Juruterbang utama ditempatkan di kerusi kanan manakala pembantu juruterbang berada di kerusi kiri, yang bertentangan dengan panduan. Penyimpangan ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber kru yang lemah.

Artikel berkaitan:

image is not available

8-Rumusan akhir siasatan turut mendedahkan contoh ketidakpatuhan dan kesilapan, namun menekankan hasil siasatan untuk bukan bertujuan menuding kesalahan atau liabiliti, sebaliknya demi mencegah kemalangan pada masa hadapan serta meningkatkan keselamatan penerbangan secara keseluruhan.

9-Bagi mengelakkan insiden sama berulang, pasukan siasatan menggesa pihak berkepentingan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang disyorkan untuk meningkatkan keselamatan penerbangan dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kesilapan operasi dan kawal selia jurang.

image is not available

10-Bagi mengelakkan insiden sama berulang pasukan menyiasat menggesa pihak berkepentingan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang disyorkan akan meningkatkan keselamatan penerbangan dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kesilapan operasi dan kawal selia jurang.

"Adalah penting bahawa semua pihak berkepentingan mengutamakan keselamatan dan komited untuk melaksanakannya langkah-langkah yang diperlukan untuk mengelakkan berulang," katanya.

Dalam kejadian 17 Ogos tahun lalu, pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

image is not available

Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anak kapal, seorang penunggang motosikal p-hailing dan seorang pemandu e-hailing yang melalui kawasan itu.

Antara mereka, termasuk Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Johari Harun yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Sinar Harian