Nahas Terowong Menora: Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar Ibu Hamil

LocalPolitics
3 Apr 2025 • 6:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

IPOH, 3 April (Bernama) — Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai telah terlanggar seorang ibu hamil di Kilometer 264 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) menghala ke selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada Ahad lepas, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya bersama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan termasuk dakwaan berlakunya kecurian barang milik mangsa sewaktu kejadian terbabit yang tular dalam media sosial.

“Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah langgar lari mungkin dia (pemandu) tidak sempat nak mengelak.

“Jadi, kita dengan PLUS cuba nak tengok nombor plat kenderaan menerusi CCTV (kamera litar tertutup) dan perkara itu masih dalam siasatan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya berharap pemandu kenderaan berkenaan tampil bagi membantu siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan apabila maklumat lengkap diperoleh.

Terdahulu, tular video kemalangan menunjukkan sebuah kenderaan melanggar Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan setelah kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di lokasi kejadian.

Dalam video berkenaan dipercayai kelihatan sebuah kenderaan yang melanggar mangsa tidak berhenti untuk memberikan bantuan, sebaliknya meneruskan perjalanan.

Dalam kejadian itu, mangsa serta bayi di dalam kandungan yang berusia lapan bulan dan seorang lagi anak mangsa berusia kira-kira dua tahun, Naira Falisya Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved