19 pegawai China sembunyi pembunuhan sejak 2003 dihukum

27 Nov 2019 • 7:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BEIJING - Seramai 19 pegawai di China dihukum kerana menyembunyikan pembunuhan selepas mayat mangsa ditemukan ditanam di bawah taman permainan di sebuah sekolah kira-kira 16 tahun selepas jenayah itu berlaku.

Deng Shiping menyelia pembinaan taman permainan di sebuah sekolah menengah di bandar Huaihua dekat wilayah Hunan apabila dia dilaporkan hilang pada tahun 2003.

Kes tersebut akhirnya selesai selepas mayatnya digali dari taman tersebut pada Jun lalu.

Penjawat awam yang dituduh menyembunyikan jenayah tersebut termasuk pegawai polis, anggota jawatankuasa Parti Komunis, pegawai kerajaan dan kakitangan sekolah.

Dua suspek didakwa kerana pembunuhan itu.

Kontraktor, Du Shaoping didakwa berang dan mahu membunuh Shiping kerana terlalu tegas menyelia kualiti projek berkenaan.

Menurut anak mangsa, Shaoping ada memberi hadiah dan wang tunai kepada bapanya namun bapanya menyerahkan hadiah dan wang tersebut kepada kakitangan sekolah.

Siasatan mendapati Shaoping dan seorang lagi lelaki membunuh Shiping pada Januari 2003 dan menyembunyikan mayatnya di bawah taman permainan itu.

Kehilangan Shiping tidak menemui penyelesaian apabila polis berulang kali memberi alasan gagal menyiasat atau tidak memfailkan kes itu dengan betul. - AFP


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved