Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026

12 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
Md Amin (kiri) ketika menerima Anugerah Ikon Rekreasi Luar Outdoor Expo Malaysia (OXN) 2026 pada majlis berkenaan di Taman Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. Photo credit: UPSI

TANJONG MALIM– Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menerima Anugerah Ikon Rekreasi Luar Outdoor Expo Malaysia (OXN) 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan penglibatan beliau dalam pembangunan industri rekreasi luar di Malaysia sejak lebih 40 tahun lepas.

Md Amin berkata penghargaan itu bukan semata-mata untuk dirinya, sebaliknya turut melambangkan pengiktirafan kepada penggiat rekreasi luar di negara ini yang telah menyumbang tenaga, masa dan usaha dalam mengembangkan bidang berkenaan.

“Sesungguhnya anugerah ini bukanlah untuk diri saya semata-mata, tetapi lambang pengiktirafan kepada semua penggiat rekreasi luar di Malaysia yang telah bergiat aktif sejak penubuhan Outbound School di Lumut, Program Malaysia Cergas, Program Rakan Muda dan Pusat Kokurikulum Kebangsaan.

“Semoga anugerah ini menjadi manifestasi terhadap jasa dan pengorbanan setiap rakan di luar sana yang telah berkorban tenaga, masa dan usaha dalam menjadikan industri rekreasi luar di Malaysia sebagai penyumbang utama ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan berhubung penerimaan anugerah itu di Taman Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Beliau berkata sepanjang lebih empat dekad terlibat dalam bidang berkenaan, pelbagai sumbangan telah dilaksanakan bersama rakan seperjuangan, khususnya dalam pembangunan aktiviti arus deras, penganjuran acara, penerbitan bahan rujukan serta pengembangan inisiatif rekreasi luar.

Dalam pembangunan industri arus deras, antara sumbangan beliau termasuk penerokaan dan pelaksanaan aktiviti kayak arus deras di Sungai Bernam pada 1998, Sungai Gopeng (1999), Ulu Slim (2000), Sungai Chamang (2003), Sungai Singor (2006), Upper Sungkai dan Sungai Woh (2007), selain penerokaan serta pembangunan Sungai KKB dan Sungai Telom.

Beliau turut terlibat dalam penganjuran pelbagai acara termasuk Karnival Kanu Putrajaya, Sirkit Arusderas Nasional (SIRNA), UPSI Eco Challenge, Regatta Kayak UPSI, AKAR Jerlun, UPSI Mountain Bike Jamboree dan Malaysian Whitewater Jamboree.

Dalam aspek penerbitan pula, Md Amin antara lain menyumbang kepada pembangunan kurikulum dan manual pendidikan kanu kebangsaan, prosedur operasi standard (SOP) rekreasi luar, buku teori dan model rekreasi luar serta pelbagai manual berkaitan kejurulatihan, keselamatan, pengurusan risiko dan kemahiran kayak.

Pada masa sama, beliau turut memperkenalkan dan membangunkan beberapa inisiatif rekreasi termasuk Malaysian Outdoor Recreation Conference (MOREC), Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA), Marina UPSI, UPSI Glamping Park, Adventure Park, UPSI Campsite, Cabin @ Ujana dan Tourism Muallim.

Md Amin berkata perjalanan panjang itu turut menyaksikan penglibatan beliau dalam pelbagai pencapaian dan pengiktirafan, antaranya Malaysia Book of Records bagi rekod the highest whitewater kayak descent di Sungai Singor pada 2006, Anugerah Sukarelawan Sukan Negeri Perak (2013), Anugerah Kembara Negara (2014), Anugerah Tokoh Sukan UPSI (2015), Anugerah Tokoh Alumni UPSI (2017), Anugerah Tokoh Rekreasi Luar Kebangsaan (2018) dan Anugerah Tokoh Sukan Kanu Kuala Lumpur (2022).

“Pengiktirafan terbaharu itu menjadi satu penghormatan yang mengingatkan kembali perjalanan panjang bersama rakan seperjuangan dalam usaha membangunkan bidang rekreasi luar di Malaysia,” katanya.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan beberapa anugerah lain iaitu OXM Icon Award, OXM Business Excellence Award, OXM Gear & Innovation Frontier Award, OXM Best Booth Deco dan OXM Exploration Leader, yang mengiktiraf pencapaian serta sumbangan pemain industri dalam bidang rekreasi luar.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved