Naib Ketua Pemuda AMANAH Meninggal Dunia

2 Oct 2022 • 2:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Facebook Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhamad Fadzil Ahmad, 38, meninggal dunia hari ini.

Khabar duka itu dimaklumkan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menerusi hantaran di Facebook. 

Beliau secara peribadi menzahirkan takziah dan menyifatkan pemergian Muhamad Fadzil adalah kehilangan besar kepada parti. 

“Menerima berita duka pemergian Ustaz Muhamad Fadzil Ahmad, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional. Seorang peguam yang sangat dedikasi dan tokoh muda berwawasan. 

“Bagi pihak AMANAH, kami sangat terasa dengan pemergian beliau. Beliau meninggalkan isteri dan lima anak. Takziah diucapkan kepada balu arwah, anak-anak, ahli keluarga dan sahabat handai.

“Marilah kita doakan semoga beliau dikurniakan setinggi keampunan dan ditempatkan bersama hamba yang soleh,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda AMANAH kehilangan ketuanya, Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin yang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19. - Getaran, 2 Oktober 2022