Naib Presiden Indonesia minta maaf kepada penduduk kerana jerebu

WorldEnvironment
10 Sep 2026 • 10:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Naib Presiden Indonesia minta maaf kepada penduduk kerana jerebu

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka memohon maaf kepada penduduk di seluruh Kalimantan berikutan kualiti udara yang masih belum pulih sepenuhnya ketika kebakaran hutan dan tanah terus berlaku.

Gibran menyampaikan permohonan maaf itu ketika meninjau pusat tindak balas kebakaran hutan dan tanah di Banjarbaru, Kalimantan Selatan pada Khamis.

“Saya dengan tulus memohon maaf kepada rakyat Kalimantan kerana keadaan udara masih belum pulih sepenuhnya,” kata Gibran menurut kenyataan media kerajaan.

Gibran berkata, kerajaan terus berusaha menangani kebakaran itu selaras dengan arahan Presiden Prabowo Subianto.

“Kami akan memaksimumkan usaha dan melakukan yang terbaik selaras dengan arahan presiden,” katanya.

Gibran meninjau usaha menangani kebakaran hutan dan tanah di tiga wilayah dengan mengunjungi Palangka Raya di Kalimantan Tengah, Banjarbaru di Kalimantan Selatan dan Kubu Raya di Kalimantan Barat.

Dalam lawatan itu, beliau meneliti perkembangan terkini usaha memadam kebakaran dan menilai keperluan di lapangan.

Beliau berkata, pengurusan kebakaran perlu dilaksanakan secara menyeluruh, dengan usaha memadam kebakaran yang berkesan disertai langkah melindungi kesihatan dan keselamatan awam, selain hidupan liar serta habitatnya.

Gibran turut menegaskan keperluan melindungi golongan rentan, termasuk kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan golongan kurang upaya. – AGENSI

The post Naib Presiden Indonesia minta maaf kepada penduduk kerana jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved