Naib Presiden MIC Cadang Kerajaan Isytihar 1 November Sebagai Cuti Umum Tambahan Deepavali

LocalPolitics
18 Oct 2024 • 9:47 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Setiap daripada mereka mempunyai sambutan perayaan tersendiri mengikut kepercayaan masing-masing.

Jika kaum Melayu sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Cina dengan perayaan Tahun Baru Cina manakala kaum India pula dengan perayaan Hari Deepavali.

Bagi masyarakat India, perayaan Deepavali tahun ini jatuh pada 31 Oktober 2024 iaitu pada hari Khamis dan hanya hari itu sahaja diumumkan sebagai cuti umum.

Cadang Isytihar 1 November Sebagai Cuti Umum Tambahan

Terbaharu, Naib Presiden Malaysian Indian Congress (MIC), Datuk T Murugiah mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan 1 November sebagai cuti umum tambahan sempena perayaan Deepavali.

Pengsiytiharan itu bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati tempoh sambutan Deepavali dengan lebih panjang.

Mahu Rakyat Malaysia Sama Meraikan Deepavali

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan cuti tambahan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti India dan kemudahan kepada mereka yang meraikannya.

Malah, turut memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Deepavali merupakan perayaan yang penting bagi komuniti Hindu di Malaysia dan ia masa untuk keluarga, renungan diri serta perpaduan masyarakat.

“Dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 1 November, kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni,” katanya.

Mohon PM Pertimbang Permintaan Isytihar 1 November Sebagai Cuti Umum Tambahan

Murugiah turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan Persekutuan agar membuat pertimbangan terhadap permintaan tersebut.

Ia demi kepentingan perpaduan nasional dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya negara.

Source: