Naib Presiden PAS Mohd Amar Kekal Di DUN Panchor

Politics
12 Aug 2023 • 11:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Naib Presiden PAS Mohd Amar Kekal Di DUN Panchor

KOTA BHARU, 12 Ogos (Bernama) — Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengekalkan kemenangan buat kali keempat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor selepas menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Mohd Amar menang dengan majoriti 10,686 undi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mendapat 18,700 undi mengalahkan calon PH yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang memperoleh 8,014 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Amar menang dengan majoriti 7,288 menewaskan dua lagi pencabarnya dari PH dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Amar yang berusia 64 tahun itu merupakan penyandang kerusi DUN Panchor sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Sumber: BERNAMA