Naib Presiden PKR Nurul Izzah Tersenarai Dalam Kalangan 30 Individu Berpengaruh

LocalPolitics
23 Apr 2025 • 9:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Tersenarai Dalam Kalangan 30 Individu Berpengaruh

KUALA LUMPUR (Bernama) — Pengasas bersama dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam ‘Project Syndicate Forward Thinkers List’.

Project Syndicate iaitu organisasi media global bukan berasaskan keuntungan menerusi laman web mereka memaklumkan bahawa senarai itu bertujuan mengiktiraf dan mengetengahkan golongan intelektual yang semakin menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.

“Individu-individu itu terlibat dalam pelbagai isu penting daripada perubahan iklim dan geopolitik sehingga berkait dengan demokrasi liberal dan masa depan kapitalisme.

“Setiap peserta terdiri pemimpin dalam bidang masing-masing, dan kami percaya pandangan mereka bukan sekadar membentuk wacana awam di negara masing-masing malah turut memberi impak yang besar di peringkat global pada masa akan datang,” menurut organisasi media itu.

Selain itu, Profesor Ekonomi Universiti Yale Marina Halac; Profesor Ekonomi Universiti Harvard Oleg Itskhoki; dan Profesor Dasar Awam dan Kerajaan Universiti Oxford Yeling Tan turut tersenarai.

Menurut organisasi media itu, pemilihan akhir dibuat dengan teliti oleh editor, bertujuan mengetengahkan individu yang diyakini berupaya membantu membentuk dan mencetuskan pemikiran kritis dalam debat politik.

Ditubuhkan pada awal 1990-an, Project Syndicate menyediakan serta mengedarkan ulasan dan analisis mengenai pelbagai isu antarabangsa.

Pada 2024, dilaporkan bahawa ulasan Project Syndicate telah diterbitkan sebanyak 16,904 di seluruh dunia.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved