
Naik 15%, Ini Simulasi Kenaikkan Gaji Yang Bakal Dinikmati Penjawat Awam
Penjawat awam hari ini mendapat khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan skim kenaikkan gaji tertinggi dalam sejarah yang bakal dinikmati mereka.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikkan gaji yang bakal dilaksanakan akan dibahagikan kepada dua kumpulan penjawat awam.
Bagi kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional, mereka akan menikmati kenaikkan gaji sebanyak 15 peratus.
Manakala bagi kumpulan pengurusan tertinggi pula akan menikmati kenaikkan sebanyak tujuh peratus.
Simulasi kenaikkan gaji yang bakal diterima penjawat awam
Tambah Perdana Menteri, kenaikkan ini dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.
Dalam Fasa 1, kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan menikmati kenaikkan gaji sebanyak lapan peratus dan Fasa 2 pula sebanyak tujuh peratus.
Bagi kumpulan pengurusan tertinggi pula, mereka akan menerima kenaikkan gaji sebanyak empat peratus dalam Fasa 1 dan baki tiga peratus pada Fasa 2.
Kenaikkan akan dilaksanakan menerusi dua fasa
Perdana Menteri juga turut memberikan simulasi jumlah pendapatan bulanan yang bakal dinikmati oleh penjawat awam.
Simulasi berkenaan berdasarkan beberapa gred jawatan dalam perkhidmatan awam.

Misalnya, bagi Pembantu Hidupan Liar Gred G11 yang menerima gaji sebanyak RM1,796 pada November, mereka akan menerima gaji sebanyak RM2,115 pada Disember selepas Fasa 1 kenaikkan gaji dilaksanakan.
Seterusnya selepas Fasa 2 dilaksanakan pada 1 Januari 2026, gaji yang diterima adalah RM2,327.
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41(T5) bergaju RM3,838, gaji akan diterima selepas Fasa 1 adalah sebanyak RM4,085.04. Manakala gaji yang diterima selepas Fasa 2 pula adalah sebanyak RM4,559.24.

Sumber: BERNAMA
@thesiakapkeli Orang bukan Islam menghina tu dah satu hal, ini ada juga orang Islam sendiri tergamak hina Nabi Muhammad SAW? #fyp #viral #mais #hina #nabi #muhammad #saw #baginda #agama #pov #makana #mereka
The post Naik 15%, Ini Simulasi Kenaikkan Gaji Yang Bakal Dinikmati Penjawat Awam appeared first on Siakap Keli.


![“Alahai Macam Ketam”- Bas Bergerak Senget Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)