“Naik Kereta Sama” – Hubungan Makin Serius? Lisa BP Ajar ‘Kekasih’ Frédéric Arnault Nikmati Makanan Thai

23 Jan 2024 • 2:38 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Semakin hari, semakin ada banyak hantaran yang dikongsi menunjukkan bahawa Lisa BLACKPINK keluar dating dengan Frédéric Arnault.

Terbaru, satu video telah dimuat naik di TikTok beserta kapsyen yang ditulis,

Malam Jumaat lalu, seorang peminat berjumpa Lisa dan Frédéric di sebuah restoran Thai di Paris. Lisa datang dulu kemudian diikuti Frédéric. Selepas itu, mereka menaiki kereta yang sama.

Meskipun wajah ‘pasangan’ itu tidak jelas kelihatan namun, ia didakwa adalah Frédéric Arnault yang duduk bertentangan dengan seorang wanita yang memakai jaket hitam.

image is not available

Dalam foto lain, wajah Lisa jelas kelihatan memakai baju yang sama dan juga beg denim Louis Vuitton yang sama dimuat naik di Instagram teman wanita adik Frédéric.

Menerusi ruangan komen, netizen menulis,

Setiap kali mereka menafikan Lisa dan Frédéric bersama, lebih banyak bukti yang keluar

 

Memang work life balance. Setelah lama bekerja keras, Lisa berhak untuk bahagia.

 

‘Blink’ yang sebenar pasti akan menyokong Lisa.

 

Mereka tidak merasmikan tentang hubungan mereka tetapi juga tidak menafikannya.

Namun sehingga kini, agensi masih belum memberi apa-apa respon mengenai khabar angin percintaan antara mereka.

Macam dah confirm je tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.