BEAUFORT: Penduduk di daerah ini menggesa kerajaan agar menaik taraf hospital dengan menyediakan pakar perubatan demi membantu rakyat.
Wakil penduduk, Minang Nawi pada Khamis berkata masanya sudah tiba untuk kerajaan meneliti kepentingan tersebut.
“Mereka perlu melihat kawasan kami sebagai keutamaan untuk mendapatkan pakar perubatan daripada bergantung pada hospital di Kota Kinabalu,” katanya.
