Naik taraf laluan motosikal di lebuh raya

26 Jun 2023 • 5:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jalaluddin (tiga dari kanan) melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM, pada Isnin. - Foto Bernama

KAJANG - Syarikat pemegang konsesi diminta supaya menaik taraf laluan motosikal di lebuh raya masing-masing, agar ia juga sesuai digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi, dalam membantu usaha mengurangkan risiko kemalangan.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Jalaluddin Alias yang membuat permintaan itu berkata, ada beberapa laluan seperti laluan masuk lorong motosikal di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dan boleh mengakibatkan kemalangan.

"Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan sewajarnya bagi penunggang motosikal jenis ini bagi memastikan keselamatan penunggangnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM di Wisma Lebuh Raya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, di sepanjang lebuh raya seliaan LLM dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, lebih 10,000 kemalangan jalan raya dilaporkan, dengan kemalangan maut membabitkan motosikal adalah tinggi iaitu kira-kira 200 kes.

Katanya, syarikat konsesi lebuh raya juga perlu membuat penambahbaikan laluan motosikal dengan mengambil kira kemalangan akibat cuaca buruk, termasuk risiko penunggang motosikal dilanggar ketika berhenti di bawah jejambat untuk berteduh ketika hujan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved