Naik taraf segera jalan Beluran: YB

LocalPolitics
5 Apr 2026 • 10:30 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labuk, Datuk Samad Jambri, menggesa supaya jalan dari simpang Beluran ke pekan Beluran dinaik taraf segera, berikutan keadaannya yang semakin rosak serta berisiko kepada pengguna jalan raya.

Beliau berkata pejabatnya menerima banyak aduan daripada masyarakat setempat mengenai keadaan jalan tersebut yang semakin tidak selesa dan berbahaya untuk digunakan.

“Jalan ke pekan Beluran merupakan salah satu laluan utama, namun keadaannya ketika ini amat tidak selesa kepada pengguna kenderaan dan sering menjadi punca rungutan.

“Sudah tiba masanya sama ada Kementerian Kerja Raya Malaysia ataupun melalui Jabatan Kerja Raya Sabah serta Jabatan Kerja Raya Malaysia mengambil tindakan terhadap perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah (MSSS) peringkat negeri di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat kawasan itu, beliau sendiri telah merasai keadaan jalan yang semakin merosot.

“Keadaan jalan ini sangat kritikal dan memerlukan pembaikan atau naik taraf segera kerana kerosakannya agak teruk.

“Kita perlu bertindak segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya.

Laluan sepanjang 27.22 kilometer itu merupakan jalan negeri yang menghubungkan Lebuhraya Pan Borneo dengan pekan Beluran, dan kini berada dalam keadaan rosak teruk sehingga memaksa pemandu memandu dengan lebih berhati-hati.

 

View Original Article