“Naikkan Harga RM31 Sekotak Jika Mahu Turunkan Perokok Di Malaysia” – Kajian

LocalHealth & Fitness
31 Jul 2025 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui kajian antarabangsa, Malaysia disarankan untuk menaikkan harga rokok sekurang-kurangnya berharga RM31.74 sekotak jika betul mahu menurunkan kadar rakyat yang merokok kepada 15 peratus.

image is not available

Dapat dilihat daripada laporan The Star, harga RM17.40 untuk sekotak rokok dikatakan terlalu rendah dan masih mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Difahamkan, sebanyak 18.2 peratus rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas merupakan seorang perokok.

image is not available

Bagi menyokong harga baru itu, cukai rokok perlu dinaikkan daripada RM8.98 kepada RM23.32 sekotak, iaitu meningkat sebanyak 159%.

Langkah ini dikatakan bukan saja boleh membantu ramai berhenti merokok, tetapi juga boleh membantu kerajaan menjana pendapatan tambahan sebanyak RM2.6 bilion.

image is not available 2025-06-05 10:54:00

Merokok Dari Usia 15 Tahun, Lelaki Sesak Nafas Dibawa Ke Hospital 'Merayu' Diselamatkan - "Saya Nak Hidup Doktor, Saya Ada Anak Kecik..."