
Sekarang ni nama penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel memang jadi tumpuan hangat di medoa sosial apabila dia didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang gadis bawah umur.
Walaibagaimanapun, Naim telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut ketika hadir ke perbicaraan di mahkamah yang berlangsung beberapa hari lepas.
Naim Daniel diperangkap?

Semalam kami melaporkan yang peminat setia Naim Daniel tetap teguh menyokong artis kesayangan mereka menerusi satu hantaran di X.
Ada yang berpendapat kejadian itu tak mungkin berlaku jika “bertepuk sebelah tangan” sampai ada yang mendakwa mangsa sengaja ‘menganiaya’ Naim. Biar betul?
Caprice pula bersuara

Perkara itu telah mengundang perhatian penyanyi rap, Caprice dan dia telah memuat naik satu hantaran di Instagram Story mengenai perkara itu.
Sure or not?
Caprice dilihat bertanyakan balik kepada netizen yang mengeluarkan kenyataan seperti itu sambil meletakkan emoji ketawa.
Pssttt! Apapun, biarlah pihak berkuasa yang selesaikan perkara ini dengan adil dan telus.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


