Naim Daniel Diugut ‘Sembel*h’ Hanya Kerana Berpesan Jangan Melampau Dalam Isu Boikot

Entertainment
15 May 2024 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
naim daniel

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel meluahkan rasa kecewa dengan kata-kata hinaan serta ugutan yang dilemparkan netizen kepadanya.

Dalam satu hantaran di Instagram, Naim mahu netizen menerangkan kepadanya adakah ‘halal’ perbuatan mengugut dan menghina di atas nama boikot.

Jelas selebriti ini lagi, dia tidak pernah menidakkan penderitaan yang dilalui oleh saudara seagama di Palestin.

Malah, dia sendiri tak pernah mendapat tajaan barangan mewah daripada jenama yang menyokong rejim laknatullah Israel.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Naim menerima ugutan daripada netizen hanya kerana berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot.

Penyanyi ini berpesan lagi, janganlah bersifat ‘ghuluw’ sehingga mencipta dosa-dosa ketika cuba melakukan kebaikan.

Namun teguran yang dibuat Naim membuatkan netizen melabel dirinya sebagai ‘terpaling’. Siap ada yang menyalah ertikan teguran yang dibuat dirinya sebelum ini.

Kredit: Instagram Naim Daniel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.