
Penyanyi popular, Naim Daniel hari ini mengaku tak bersalah di atas tuduhan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 17 tahun di Petaling Jaya, 19 Mei lalu.
Naim ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya diminta untuk dibicarakan dan telah membayar ikat jamin sebanyak RM12,000. Selain itu, passport penyanyi ini juga perlu diserahkan kepada mahkamah.
Pasport diserahkan kepada mahkamah

Mahkamah Sesyen Putrajaya kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 18 Ogos 2025. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792 yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Naim ketika ditemu bual wartawan tidak mahu mengulas panjang kerana perbicaraan masih di peringkat awal.
Dia percaya kepada sistem keadilan negara dan menyerahkan segala-galanya kepada mahkamah.
Kredit: Ohbulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


