Najib bantah 80% pernyataan saksi bekas CEO 1MDB

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 8:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Najib bantah 80% pernyataan saksi bekas CEO 1MDB

Najib bantah 80% daripada 168 muka surat pernyataan saksi bekas CEO 1MDB Shahrol Azral atas alasan keterangan dengar cakap di Mahkamah Tinggi.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80% daripada pernyataan saksi setebal 168 muka surat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dibantah atas alasan mengandungi keterangan dengar cakap atau hearsay.

Bantahan itu dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan defendan pertama dalam saman sivil USD5.64 bilion yang difailkan 1MDB terhadap beliau dan enam individu lain.

Peguam 1MDB Lee Shih memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Redzuan Idrus.

“Yang Arif, pagi ini, pihak-pihak telah diserahkan dengan bantahan berhubung pernyataan saksi Shahrol Azral dengan 80% daripada kandungannya dibantah atas alasan hearsay.

“Sehubungan dengan itu, kami memerlukan masa untuk menelitinya.

Shahrol Azral bersedia untuk memberikan keterangan bermula esok,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan perbicaraan akan diteruskan esok.

Terdahulu, saksi plaintif ketiga, pakar pemulihan aset luar pesisir Angela Barkhouse dilepaskan daripada kandang saksi hari ini selepas selesai memberikan keterangannya yang bermula pada Isnin lepas.

1MDB dan anak syarikatnya – 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited, yang dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited – memfailkan saman sivil itu pada 7 Mei 2021.

Mereka menamakan Najib, bekas Pengarah Kewangan 1MDB Terrence Geh Choh Heng, bekas Pengarah Eksekutif Casey Tang Keng Chee, bekas Ketua Pegawai Pelaburan Vincent Beng Huat Koh, bekas Ketua Pegawai Operasi Radhi Mohamad, bekas Pengarah Pelaburan Kelvin Tan Kay Jim dan bekas Ketua Pegawai Pelaburan Nik Faisal Ariff Kamil, sebagai defendan.

Menurut writ saman itu, plaintif antara lain mendakwa defendan melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan berkanun, menyalahgunakan kuasa serta berpakat untuk menyalahgunakan dana 1MDB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved