Najib gagal singkir Hakim Alice Loke

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 12:35 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya untuk menyingkirkan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching daripada mendengar semakan kehakiman berhubung Titah Adendum yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Hakim Alice Loke membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, selain memutuskan tidak timbul sebarang isu berat sebelah.

Beliau menegaskan penilaian terdahulu hanya dibuat dalam konteks permohonan kebenaran bagi prosiding komital dan tidak memberi kesan kepada perbicaraan penuh.

“Saya telah mempertimbangkan permintaan ini… ia tidak boleh dilihat melangkaui konteks tersebut,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah kenyataan hakim itu ketika menolak permohonan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, boleh menimbulkan persepsi berat sebelah.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan pendirian dan menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sambungan perbicaraan.

Pada 4 September lalu, Alice Loke menolak permohonan Najib memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Terrirudin selepas mendapati hujahan yang dikemukakan bersifat spekulatif serta gagal melepasi tahap kes prima facie.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved