Najib Lep sertai Amanah, Mat Sabu yakin ia mampu perkuat parti

Politics
3 Sep 2023 • 8:00 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pasir, Najib Lep yang dipecat PAS tahun lalu, secara rasmi sudah menyertai Amanah.

Borang keahliannya diserahkan kepada Presiden Amanah, Mohamad Sabu selepas Ahli Parlimen Kota Raja itu selesai berucap di ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Muar, malam tadi.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu ketika ditemui media berkata, pihaknya terbuka menerima Najib sebagai ahli keluarga Amanah.

Penyertaan individu terbabit, katanya, dilihat akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) juga akan mengumumkan penyertaan lebih ramai individu ke dalam gabungan itu pada ceramah kempen PRK di Parlimen Pulai, esok. 

“Itu hak mereka memilih. Najib memilih Amanah dan kita harapkan beliau dapat memberi sumbangan buah fikiran bagi gerak kerja PRK. 

“Penyertaan borang keahlian Amanah oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Johor pula akan diadakan di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, malam esok,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, PAS memecat keahlian Najib selepas beliau memilih bertanding sebagai calon Bebas apabila namanya tidak disenarai sebagai calon parti berkenaan. 

Bagaimanapun, beliau kalah dan kerusi itu dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang turut menewaskan calon PAS, serta tiga calon lain. - 3 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved