Najib mungkin dirujuk ke IJN

LocalPolitics
13 Sep 2022 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Najib Tun Razak - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur sejak Isnin, mungkin dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurutnya, tekanan darah bekas Perdana Menteri itu dilaporkan tidak menentu malah puncanya masih belum diketahui.

“Najib akan menjalani beberapa ujian kesihatan dan keputusan pemeriksaan itu akan diketahui beberapa hari lagi,” katanya.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved