Najib Razak dibenar beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah di Masjid Negara

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 10:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini.

Memetik laporan dari Kosmo! beliau dijangka hadir selepas selesai prosiding perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

image is not available

Najib Razak akan tiba selepas prosiding di mahkamah

Difahamkan kehadiran Najib ke majlis pengebumian tersebut telah dibenarkan oleh pihak berkuasa sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham yang merupakan Perdana Menteri kelima negara dan beliau dijangka tiba di Masjid Negara selepas prosiding di mahkamah selesai.

image is not available

Najib Razak akan tiba di Masjid Negara tengah hari nanti

Jenazah Allahyarham Tun Abdullah telah dibawa ke Dewan Solat Utama, Masjid Negara pada pagi tadi bagi penghormatan terakhir yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Menerusi maklumat yang disampaikan kepada media jenazah akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zuhur nanti di lokasi persemadian tokoh-tokoh negara yang berjasa besar kepada Malaysia.

image is not available

Tun Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 7.10 malam semalam.

Menurut kenyataan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri, Allahyarham mengalami masalah pernafasan sejak beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, Tun Abdullah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu.

Di bawah pentadbirannya, beliau memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari dan menekankan prinsip keterbukaan serta toleransi dalam pentadbiran.

Sumber: Kosmo! (Alani Nizam & Farisya Akhtar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved