Najib Razak Dibenar Hadir Pengebumian Tun Abdullah Ahmad Badawi

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 11:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri istiadat penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara, walaupun perbicaraan kes 1MDB sedang berjalan.

Kehadiran Najib, 72, ke Masjid Negara itu disahkan ketika prosiding perbicaraan masih berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

image is not available

Peguam bela utama beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa permohonan rasmi telah dihantar kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia bagi membolehkan anak guamnya dibawa keluar dari penjara.

Pihak penjara sedang menguruskan perjalanan Najib ke Masjid Negara, jadi kami memohon supaya perbicaraan pagi ini ditangguhkan. Mohon Najib dibenarkan keluar pada jam 10.15 pagi.- Jelas Shafee semasa prosiding.

Susulan itu, Hakim Sequerah bersetuju untuk menangguhkan sesi perbicaraan pada jam 9.50 pagi agar Najib dapat memberi penghormatan terakhir kepada mantan Perdana Menteri kelima negara itu.

image is not available

Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 7.10 malam semalam.

Pemergian tokoh yang dikenali dengan kepimpinan berhemah dan dasar Islam Hadhari itu merupakan satu kehilangan besar buat negara.

image is not available

Pssttt! Sebesar mana pun perbezaan ideologi politik atau cabaran peribadi yang sedang dihadapi, rasa hormat kepada pemimpin terdahulu tetap perlu dipelihara. Penghormatan terakhir ini bukan sekadar satu upacara, tetapi cerminan nilai kemanusiaan dan kenegaraan yang harus sentiasa diutamakan.

Kredit: Facebook Najib Razak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.